Jika melakukan jenayah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, maka melindungi penjenayah dan kebenaran juga merupakan satu kesalahan. Kita masih ingat bagaimana seorang Presiden Amerika Syarikat kehilangan peluang untuk pemilihan semula kerana cuba menghentikan siasatan CIA dan FBI berkaitan rakaman sulit dan penyalahgunaan wang kempen.
Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pemimpin. Ramai pemimpin mula menyembunyikan rahsia daripada rakyat. Kalau kesalahan dilakukan di luar tugas rasmi dan tidak melibatkan rakyat, mungkin boleh dimaafkan. Tetapi jika dilakukan semasa memegang jawatan, itu tidak boleh disorok.
Rakyat yang memilih pemimpin dan membayar cukai berhak tahu kebenaran. Jika ada kesalahan, rakyat berhak tahu, kerana ini melibatkan amanah dan tanggungjawab. Tindakan menyorokkan atau bersubahat juga satu kesalahan
No comments:
Post a Comment