Keputusan menubuhkan NGO baharu dibuat selepas dua minggu pertimbangan. Hasrat lama dan sokongan sekeliling jadi pendorong.
Sebelum ini, pernah hubungi dua NGO tawarkan sumbangan kajian, tapi tiada maklum balas. Bekas pelajar cadangkan tubuh NGO sendiri. Pernah tubuh NGO dahulu, tapi dibubarkan kerana kurang kerjasama AJK.
Hubungi dua setiausaha NGO lama—MEPDO dan Transformasi India Pulau Pinang. MEPDO bantu beri semula maklumat ahli.
Matlamat NGO baharu:
-
Membantu masyarakat dalam bidang pendidikan.
-
Menjalankan penyelidikan berkaitan isu sosial dan pendidikan.
Hasil kajian akan dibentang kepada AJK dan dikongsi dengan pihak berkepentingan. Dana akan dimohon untuk penyelidikan dan aktiviti seperti seminar, ceramah, bengkel.
NGO bersifat multi-etnik dan bertaraf nasional. Wakil dari tujuh negeri telah menyatakan sokongan.
Perkara yang akan dirujuk kepada ROS:
-
Status pembubaran NGO lama.
-
Penggunaan istilah “yayasan” atau “pertubuhan”.
-
Bidang ilmu merangkumi penyelidikan dan penyebaran ilmu.
-
Kebenaran mesyuarat secara atas talian.
Nama Seng Aun dicadangkan sebagai setiausaha kerana komitmen dan kesediaannya hadir mesyuarat/kursus ROS. Rakan lain masih belajar atau bekerja.
NGO ini jadi platform baharu untuk menyebarkan ilmu dan kesedaran sosial melalui pendidikan dan penyelidikan.
No comments:
Post a Comment