Monday, June 23, 2025

Strategi 1 PPIM



Sebelum pertubuhan ini memohon atau menerima sebarang bentuk pembiayaan atau dana daripada sumber luar, keutamaan perlu diberikan kepada pemantapan sistem kewangan dalaman. Ini termasuklah keupayaan untuk mengurus dan merekodkan aliran kewangan dengan telus, khususnya bagi pelaksanaan aktiviti yang berfaedah dan bersifat mendidik. Pemantapan ini penting bagi memastikan pertubuhan diyakini, dipercayai, dan berwibawa di mata penyumbang dan rakan strategik.

Memandangkan NGO ini masih baharu dan belum mencapai tempoh sebulan penubuhannya, pendekatan awal bersifat kecil skala dan berfokus. Antara langkah awal yang telah diambil ialah menghubungi beberapa pelajar sekolah dan mencadangkan agar mereka mengumpulkan beberapa rakan bagi menghadiri sesi perjumpaan mini. Dalam perjumpaan ini, kami akan memberi bimbingan berkaitan teknik menjawab soalan Pengajian Am STPM Semester 2.

Setakat ini, sebanyak empat aktiviti telah dikenal pasti dalam perancangan awal. Aktiviti-aktiviti ini boleh dikendalikan secara individu memandangkan jumlah peserta yang terlibat adalah kecil (sekitar seorang atau dua orang bagi setiap sesi), dan oleh itu belum memerlukan penyertaan sukarelawan tambahan.

Di samping itu, kami juga akan menghubungi Encik Lim untuk mendapatkan bantuan dalam memberikan sokongan pembelajaran kepada pelajar yang mengambil subjek Matematik M.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...