Banyak perkara sedang bermain dalam fikiran saya sekarang. Selepas insiden yang meragut nyawa pelajar UPSI, kita dikejutkan pula dengan tragedi Air India di Gujerat yang mengorbankan lebih 200 orang. Sejak seminggu lepas, saya rasa sedih, kecewa dan bimbang.
Terkini, seorang penyanyi latar di India yang sebelum ini disisihkan dari industri hiburan kini kembali mendapat perhatian selepas menyanyikan lagu dengan penuh emosi. Walaupun tiada larangan rasmi terhadapnya, dia pernah disenyapkan kerana menuduh seorang penulis lirik terkenal melakukan gangguan seksual. Kes itu masih belum selesai di mahkamah.
Untuk teruskan hidup, dia kini menjual produk kecantikan. Walaupun ramai tidak percaya padanya kerana pengaruh penulis lirik itu, tiada bukti jelas yang menafikan dakwaannya. Keberanian dan ketabahannya membuahkan hasil apabila seorang komposer memberinya peluang menyanyi dalam sebuah filem.
Saya harap lebih ramai komposer berani tampil membantunya. Jangan biarkan kuasa, politik dan populariti menganiaya seorang wanita.
No comments:
Post a Comment