Kebelakangan ini, saya rasa makin kuat keinginan untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat. Walaupun pernah hadapi pelbagai cabaran, semangat itu tetap ada. Kali ini, saya mahu menyumbang dengan cara yang lebih matang dan terancang.
Saya merancang untuk menyumbang melalui tiga cara utama:
-
Menganjurkan kelas atau latihan pembelajaran
-
Memberi ceramah di sekolah
-
Terlibat dalam penyelidikan sosial
Saya sedar, saya tak boleh buat semua ini sendirian. Saya perlukan kerjasama daripada NGO yang aktif dan berminat. NGO boleh bantu beri ruang, akses kepada komuniti dan jaringan yang diperlukan. Mereka juga lebih sesuai untuk bantu dalam penganjuran ceramah di sekolah kerana ada pengalaman dan pengaruh tempatan. Buat masa ini, saya masih mencari NGO yang sesuai untuk bekerjasama.
Saya tidak bercadang untuk tubuh NGO baru. Dulu saya pernah cuba, tapi terlalu banyak halangan — dari urusan pengurusan, kewangan, hingga masalah kurangnya komitmen ahli. Akhirnya NGO itu dibubarkan. Dari pengalaman itu, saya belajar bahawa lebih baik saya tumpang dan bantu NGO yang sudah sedia ada dan stabil.
Sekarang, harapan saya tertumpu kepada platform NGO untuk bantu saya laksanakan hasrat ini dengan lebih tersusun dan berkesan. Apa yang saya buat ini bukan untuk cari nama atau pujian. Saya hanya mahu rasa puas bila dapat bantu ubah kehidupan orang lain ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment