Setelah berbulan-bulan lamanya hanya hari ini saya sempat briskwalk selama 1 jam 38 mint, Berjalan 10722 langkah sejauh 7.2 km melalui jalan kampung kemudian ke stadium dan berpatah balik. Jika amalan ini berterusan mujurlah saya dapat mengekalkan kesihatan saya. Cerita yang paling menyedihkan saya ialah minggu lepas saya menerima khabar bahawa salah seorang teman saya menghidapi masalah hati. Masalahnya dia penghidap kencing manis, maka sistem imun yang lemah dalam tubuhnya menjejaskan fungsi hati. Bagaimanapun mengikut anaknya, ubat antibiotik dapat merawat, jika tidak terpaksa menjalani pembedahan. Bersyukur saya kerana teman saya tidak ke tahap itu. Cuma saya belum bercakap dengannya kerana dia masih berehat di katil KPJ. Saya mengingat kembali betapa setia dan dedikasinya kawan saya itu semasa menjadi pengetua. Ke mana sahaja ditempatkan, beliau tetapi mengharumkan nama sekolah dengan melakukan pelbagai program demi pembangunan sekolah, kebajikan guru dan pelajar. Saya amat berharap beliau cepat sembuh dan pulang ke pangkuan keluarganya. Buakn dia seorang sahaja. Ramai kenalan saya yang pernah menjadi pengetua sekolah, kini sakit dan ada yang sudah meninggal. Ketika mereka sibuk menjadi pengetua, mereka langsung tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersenam. Hujung minggu pula terpaksa dihabiskan bersama anak dan bini. Mereka masuk ke pejabat sebelum semua guru dan pelajar masuk dan pulang setelah memastikan pejabat sekolah ditutup. Ada yang ke sekolah pada Sabtu untuk menjalankan kerja-kerja yang tertinggal. Saya memang arif bahawa kerjaya sebagai pengetua, bukanlah mudah seperti kita jangka. Walaupun ada agihan tugas, tetapi pengetua mesti memastikan dan memantau orang bawahannya berfungsi dengan efisien atau tidak. Bukan maksudnya mereka tidak mempercayai anak-anak buahnya. Jika sebarang insiden berlaku di sekolah, walaupun pengetua tiada di sekolah pada ketika itu, orang yang pertama menghadap PPD, JPN, KPM, Pihak Penguatkuasa dan Jemaah Nazir adalah pengetua. Mengapakah mereka mudah jatuh sakit? Pertama tiada masa untuk bersenam. Kedua, ada yang tidak menjaga amalan pemakanan yang betul. Saya sendiri apabila menjalani kursus di Langkawi selama 5 hari, kami dihidangkan makan dan minum sebanyak 6 kali sehari. Untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan, pengetua kerap ke kafeteria untuk minum. Kadang-kadang mereka minum kopi atau teh yang manis pada pukul 11 atau 12 tengah malam. Kemudian masuk tidur. Esok bangun semula dan menjalankan ruin yang sama selama seminggu. Begitulah kehidupan mereka. Sebaik sahaja sampan ke sekolah pada minggu berikutnya, tertunggu pula sepucuk lagi surat atau faks jemputan ke mesyuarat ke satu lagi perjumpaan, seminar atau kursus. Bayangkanlah betapa pengorbanan mereka demi sekolah, guru dan pelajarnya. Jadi mengapa tidak mereka jatuh sakit, jika perkara ini berlaku sepanjang tahun dalam hidup mereka?
Saya tahu perkara-perkara ini akan berlaku pada diri saya juga. Oleh sebab itu apabila saya diminta oleh pengetua saya untuk memohon kursus kepengetuaan di IAB, saya tetap menolak dan memilih untuk kekal di sekolah sebagai guru biasa. Walaupun saya dinaikkan pangkat menjadi PK di sebuah sekolah, tetapi saya dapat bertahan selama setahun sahaja, kemudian saya memohon bertukar ke sekolah asal sebagai guru biasa.
No comments:
Post a Comment