Monday, March 31, 2025

Bengkak Mata Kanan Pula.......dan Doktor Sukarela

Pada 27 Mac berjumpa dengan Dr C untuk follow up mata. Katanya kesan surgeri sudah sembuh dan beritahu saya bahawa saya mempunyai masalah eyedryness. Banyak petua diberikan termasuk mengubah gaya hidup (penurunan) kepada 90%. Katanya cair di mata hanya 40 % sahaja dan sarankan bubuh ubat titisan mata untuk sebulan. Titisan mesti dibubuh  sebanyak 6 kali sehari. Saya perlu kurang menggunakan mata, termasuk menonton tv, atau melihat sebarang skrin termasuk laptop, komputer dan sebagainya. Kemudian sewaktu keluar, jururawatnya memberitahu bahawa saya juga ada masalah katarak. Stage 4 di mana jika dibuat pembedahan sekarang dalam 4 minggu boleh sembuh  dan jika lakukannya ketika stage 5, maka ambil masa yang agak lama untuk sembuh. Pada 27 Mac berjumpa dengan Dr Ho kerana mata sebelah kanan pula bengkak. Katanya aliran darah menyebabkan kuman telah dibawa ke sebelah kanan. Tetapi Dr T mata menafikannya. Pada 29 Mac pergi lagi ke LWE untuk berjumpa dengan doktor mata kerana mata kanan pula bengkak. Dr C masih bercuti, jadi saya disarankan berjumpa dengan Dr T eye specialist. Katanya saya ada dua ketumbit pada sebelah mata kanan. Katanya ini bukan merebak dari sebelah kiri. Ini seperti jerawat boleh tumbuh di mana-mana sahaja. Dia memberikan ubat titisan dan antibiotik untuk dihabiskan dan mesti berjumpa semulanya pada 5 April nanti. Jika ketumbit itu tidak pecah, maka hendaklah dipotong buang. Bagaimanapun pada 31 Mac, selepas saya pulang dari briskwalk, saya dapati sudah pecah dan nanah berada di hujung mata. Saya telah melapkannya sahaja. Balik ke rumah mandi dan membubuh ubat titis lagi.  Dr T mata memberitahu bahawa ubat untuk eyedry dan ubat ketumbit boleh dibubuh tetapi jangan serentak. Dr T mata berkata bahawa, saya tidak boleh tuntut bayaran Dr T mata kerana surgeri saya pada mata sebelah kiri. namun saya tetap menghantar mesej dan bertanya kepada NUTP, sama ada boleh dituntut atau tidak. Mesej saya berikut:

Terima kasih kerana pihak insurance telah membayar hospital admission saya tempoh hari kerana surgeri mata kiri saya. Selepas 2 minggu discharge, bengkak mata kiri itu merebak ke mata kanan  sejak 2 hari lepas. Hari ini saya ke hospital lam wah ee semula untuk mendapatkan rawatan. Malang sekali doktor yang pernah merawat sebelum ini bercuti . Jadi saya terpaksa dirawat oleh doktor lain. Bolehkah saya claim kos rawatan ini kerana bengkak mata kiri menyebabkan jangkitan ke sebelah mata kanan. Semua rawatan ini masih dalam tempoh 60 hari. Tolong nasihatkan saya Tuan? Saya terpaksa rujuk doktor ini kerana dalam usia emas ini , saya tidak dapat menahan kesakitan. Lagipun pihak hospital ini menyimpan segala rekod perubatan saya. Terima kasih.

Pada 28 Mac berjumpa dengan LCH di Restoran Pelita untuk sarapan dan mendapatkan jadual pemeriksaan kesihatan di tokong buddha di Cheruk To Kun. Dia minta saya bersedia pada 29 April.Volunteer Doctors for Jivita  Clinic  April 2025

6/4/25(Sun)

9.00am-12noon

General/Surgical/Obstetrical/Gynaecological Clinic

Dr Chan Ah Seng

Dr K K Kyaw


13/4/25(Sun)

9.00am-12noon

Medical/Child Clinic

CPR Practice

Dr  T C Yeo


20/4/25(Sun)

9.00am-12noon

Ear, Nose and Throat Clinic

Dr Ewe Khay Guan


27/4/25(Sun)

9.00am-12noon

Eye Clinic

Dr Gunn Peng Seok

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...