Saturday, March 1, 2025

NGO Dibubarkan

Saya telah mengambil beberapa bulan dengan susah payah mencari ahli untuk NGO. Justeru ramain bekas pelajar dan kenalan telah saya hubungi untuk menjadi ahli. Ada yang bersetuju dan ada yang menolak secara hormat. Perasaan berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu kepada nusa dan bangsa, namun tanpa sokongan dan dorongan luaran amat mustahil saya lakukannya berseorangan. Sudah berjumpa beberapa orang tempoh hari untuk membincangkan pendaftaran dan penubuhan. Akhirnya berjaya ditubuhkan. Saya sanggup ke Bertam untuk berjumpa dengan pihak ROS dan mengadakan panggilan dengan pegawai ROS. Bagaimanapun beberapa minggu selepas itu saya berasa usaha ini tidak berbaloi memandangkan AJK utama lain seperti tidak berminat, tidak bersungguh-sungguh dan memberikan pelbagai alasan sibuk dan sebagainya. Saya memohon maaf kepada semua dan kepada diri sendiri kerana saya terpaksa menarik balik dan membubarkannya. Pada 5 Januari 2025, telah diadakan sebuah mesyuarat. Bilangan ahli yang berhak mengundi adalah 12 orang. Bilangan ahli dalam mesyuarat adalah 8 orang. Bilangan ahli bersetuju untuk pembubaran adalah 8 orang. Pada malam itu juga saya dan setiausaha menerima e-mel untuk mengesahkan pembubaran. Saya selaku pengerusi mengesahkannya. Jadi NGO ini sudah tiada lagi. Saya telah meminta setiausaha untuk menghantar mesej dalam kumpulan, kemudian exit dan delete kumpulan tersebut. Lagi pun saya tiada kontek mereka memandangkan telefon saya telah hilang pada 25 Januari 2025 di Stadium Bukit Mertajam. Pada 5 Januari juga saya telah memasuki laman ROS untuk membubarkan NGO Penang Profesional. Saya tidak dapat bubarkannya, cuma saya buang dan padamkan nama-nama AJK serta butiran mereka. Saya belum menotifasikannya kepada setiausaha di KL itu sebab tiada nombor konteknya. Saya memberitahu Timbalan Pengerusi NGO ( di Penang) bahawa beberapa AJK yang ada dalam NGO kita memohon untuk menarik diri memandangkan kerjaya mereka tidak sesuai dengan kriteria NGO kita. Ada seorang pelajar UUM, memang dia tidak layak kerana dia masih pelajar. Yang berundur  ialah pegawai penjara, pegawai tentera dan jurulatih yoga. Lagi pun saya tidak berminat untuk memberikan taklimat kepada orang-orang tertentu mengenai NGO ini. Pada satu dua minggu lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan Timbalan tetapi kami tidak berbincang perihal NGO ini. Bagi mereka mungkin NGO ini wujud kerana saya belum membubarkannya. Saya terlupa pula id dan pw pula. Setiausaha tidak dapat saya hubungi kerana tiada nombornya. Tengok dulu....Its ok....selagi tidak didaftar dan tidak dipohon, maka tidak perlu risau.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...