Monday, April 14, 2025

Dr G pula merawat di BM

Pada pukul 9 pagi 10 April, saya membawa HRV ke Honda. Kebetulan saya berjumpa Seah. Seah mencadangkan mengapa tidak saya mendapatkan pandangan kedua mengenai mata saya. Katanya saya boleh menggunakan nama pasangan Dr G. Saya berasa tidak perlu. Saya terus menelefon petugas. Katanya Dr G hanya kelapangan pada hujung April. Kemudian saya memanggil semula dengan menyatakan bahawa saya guru HSBM dan Dr G tentu mengenali saya. Setelah petugas berbincang dengan Dr G, saya dibenarkan berjumpanya pada hari ini juga iaitu pada 10 April. Saya tidak mempunyai sebarang temu janji tetapi saya terpaksa menunggu sehingga semua pesakit yang mepunyai temua janji itu habis diperiksa Dr G. Saya membawa bersama catatan Dr C untuk merujuknya. Katanya saya tidak mempunyai masalah katarak yang kronik sehingga perlu dibedah segera. Bengkak tersebut boleh dikurangkan dengan menuam kedua-dua kelopak mata sambil bertutup. Dr G juga mencadangkan supaya mengambil suplemen Omega 3 untuk melancarkan fungsi kelenjar minyak yang tersumbat itu. Omega 3 juga baik untuk jantung katanya. RM 140 sebotol yang mempunyai 60 kapsul dan diminta mengambilnya sebiji setiap malam selepas makan malam. Menuam perlu dilakukan tiga kali sehari. Selagi boleh nampak dengan jelas, cermin mata tidak perlu ditukar dan mana-mana polarized clip on boleh digunakan. Beliau tidak melarang saya daripada penontonan tv ataupun skrin komputer dan telefon. Bagaimanapun menonton semua ini hanya menyebabkan kelip mata bertambah. Oleh sebab kalenjar minyak tersumbat maka air mata tidak dapat dikeluarkan setiap kelipan tersebut. Air mata memang dikeluarkan oleh kalenjar tetapi bagi kes saya, itu amatlah sedikit. Eye drops yang pernah disarankan boleh saya gunakan seperti sedia kala. Jika habis boleh dapatkannya daripada Dr G juga. Saya juga disaran minum  lebih banyak air dan makan lebih buah dan sayuran. Saya perlu berjumpa semula selepas sebulan. Medication RM 30 dan special torch RM20. Pemeriksaan di sini nampaknya lebih teliti dengan menggunakan lampu suluh yang kecil dan Dr G juga membeliakkan eye lid untuk melihat di bahagian bawah eyelid untuk memastikan ada atau tidak ketumbit atau benjolan. Katanya tiada. Benjolan atau bengkak boleh hilang jika saya menuam selalu. Bongsu mencadangkan supaya berjumpanya pada follow-up seterusnya. 

Omega 3  berkemungkinan mengubah komposisi FA dan rembesan kelenjar meibomian. Perubahan ini mungkin bermanfaat dalam penstabilan koyakan dan boleh menghalang keradangan daripada menyekat saluran kelenjar meibomian dan genangan meibum (meibum stagnant) . Asid lemak Omega-3 terbukti dapat mengurangkan simptom-simptom mata kering dengan meminimumkan keradangan dalam badan, terutamanya keradangan mata. Meibom ""merupakan jenis kelenjar tertentu dalam kelopak mata. Penuaan, perubahan hormon, jarang berkedip, dan pola makan rendah asam lemak omega-3 atau tinggi asam lemak omega-6 semuanya dapat menyebabkan MGD. MGD terjadi ketika lubang menuju kelenjar meibom tersumbat. Disfungsi kelenjar meibom (bahasa Inggeris: meibomian gland dysfunction; disingkat sebagai MGD)

Hairannya ialah sama ada Dr C ataupun Dr T tidak menasihati perihal pemakanan dan pengambilan Omega 3 serta penuaman

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...