Pada 21 ke Hospital BM untul fisio. Setelah diperiksa jurupulih memberitahu saya bahawa saya tidak mengalami frozen shoulder sebab jika frozen shoulder, saya langsung tidak dapat mengangkat tangan ke atas. Dalam kesa saya, saya boleh mengangkat tangan dan boleh menyentuh belakang tanpa sebarang sakit pun. Jurupulih memberitahu bahawa saya mengalami soft tissue injury atau kecederaan tisu lembut atau tendon dalam bahu ada koyak sedikit. Beliau menunjukkan beberapa senaman dan letakkan hotpad di atas bahu. Sulung dan menantu memberitahu bahawa koyakan tendon adalah perkara biasa pada usia ini. Lambat-laun koyakan tersebut akan bercantum semula. Sekembali rumah sebelum masuk tidur pada pukul 10.30 malam saya mendapati kencing saya bercampur darah. Saya biasa alaminya setelah melakukan senaman yang kuat. Oleh sabab saya mengangkat dumbell di fisio, maka darah keluar dalam kencing. Pada 2.30 pagi kencing biasa sahaja. Pada 22 April saya melakukan fisio sendiri dan mendapati kencing berdarah lagi tetapi tidak sepekat kelmarin. Warna oren gelap. Kemudian pada malam pula kencing biasa. Jadi senaman fisio menggunakan tangan kanan ini menyebabkan kencing berdarah. Sebarang simptom lain tiada. Menurut AI selepas menerima suntikan stereoid kena tunggu 3 hari dan kemudian saya boleh teruskan senaman. Tetapi yang merisaukan ialah kencing berdarah tersebut. Dr L tidak membenarkan saya mengambil suntikan kedua. Suntikan Dr H tidak begitu berkesan kerana pada hari yang sama saya sudah mengalami kesakitan atau keradangan bahu. Tangan dan lengan terasa sepeti dipulas. Malah sukar bagi saya masukkan tangan ke dalam poket saya. Jurupulih mencadangkan untuk beberapa hari jangan lakukan kerja berat dengan menggunakan tangan kanan. Saya pun buntu sekarang. Masalah mata bengkak, frozen shoulder, kencing berdarah dan stres kerana tiada sumber wang sering menghantui saya sehingga saya tiada semangat seperti sedia kala.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Tuesday, April 22, 2025
Sunday, April 20, 2025
Rotator Cuff
Pada 21 April ke Unit Fisio Hospital BM untuk rawatan frozen shoulder. Jurupulih memberitahu apa yang saya alami bukanlah frozen shoulder sebab jika frozen shoulder, saya langsung tidak dapat mengangkat tangan. Dalam kes saya, saya boleh mengangkat tangan dan cuma sakit apabila memusingkan tangannya atau masukkan tangannya ke dalam poket. Saya memberitahu saya mengalaminya sejak 3 minggu dan cuma dalam 3 hari sahaja sangat sakit khususnya waktu malam. Kesakitan menyebabkan saya berasa tidak selesa dan tidur saya sering terganggu. Katanya saya mengalami kecederaan tisu lembut atau soft tissue injury. Tendonnya koyak sedikit. Jika koyak teruk, saya langsung tidak dapat menggerakkan tangan. Saya alami rotator cuff.
Monday, April 14, 2025
Tuntutan Sudah Dihantar Secara Walk-In
Pada 15 April saya telah mengemukakan tuntutan follow-up Hospital LWE. Saya diberitahu akan mengambil masa 45 hari (working days) untuk meluluskannya. Petugas di sana membuat salinan semua resit dan menyerahkan satu salinan kepada saya. Pengakuan saya seperti berikut:
Admission sekali sahaja...tetapi saya pergi ke hospital utk dapatkan rawatan di sebelah mata.. kuman merebak dari mata kiri ke kanan. Utk mata kanan saya gunakan khidmat doktor mata lain kerana doktor yg pernah rawat mata kiri itu cuti..Saya pergi sebagai out patient saja...no admission so tiada GL
Petugas memberitahu mereka akan cuba hantar dahulu kepada pihak Insurans dan mereka akan appeal bagi pihak saya nanti. Bagi tuntutan NUTP HealthCare Paid & Claim, saya telah menyediakan dokumen berikut:
* 1 x NUTPHC PRU-BSN Claim Form (Lampiran 1; sila tinggalkan kosong pada bahagian tandatangan majikan)
* 1 x NUTPHC - Attending Physicians Statement (Lampiran 2)
* Salinan NRIC ahli dan/atau pesakit
* semua resit asal (original)
* semua invois/butiran pembayaran asal (original)
* semua salinan laporan doktor dan ujian makmal (jika ada)
* Salinan Discharge Summary/Guarantee Letter (Hospital Swasta) / Discharge Note (GH)
* Cuma tulis nama bank dan nombor akaun sahaja dalam borang tuntutan. HLB
Genap Sebulan Hari Ini
Hari ini genaplah sebulan saya mengalami masalah bengkak mata,keradangan mata dan mata kering. Sejak pengambilan kapsul Omega 3 dan penuaman, saya mendapati tiada lagi benjolan atau bengkak baharu di kelopak mata. Saya bimbang masalah ini akan muncul semula. Saya berdoa kepada Yang Maha Esa supaya masalah ini diatasi segera kerana adalah tidak elok mengajar pelajar dan mengendong cucu atau bermain dengan cucu dengan mata yang bengkak ini. Bengkak mata memperlihatkan saya tidak menjaga kebersihan diri. Begitulah persepsi orang. Saya menggunakan gosh untuk mengelap kelopak mata manakala menggunakan tuala biasa untuk mengelap muka dan badan. Saya menggunakan tuala good morning untuk menuam. Peristiwa ini mengajari saya betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan juga penuaan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi sakit
Dr G pula merawat di BM
Pada pukul 9 pagi 10 April, saya membawa HRV ke Honda. Kebetulan saya berjumpa Seah. Seah mencadangkan mengapa tidak saya mendapatkan pandangan kedua mengenai mata saya. Katanya saya boleh menggunakan nama pasangan Dr G. Saya berasa tidak perlu. Saya terus menelefon petugas. Katanya Dr G hanya kelapangan pada hujung April. Kemudian saya memanggil semula dengan menyatakan bahawa saya guru HSBM dan Dr G tentu mengenali saya. Setelah petugas berbincang dengan Dr G, saya dibenarkan berjumpanya pada hari ini juga iaitu pada 10 April. Saya tidak mempunyai sebarang temu janji tetapi saya terpaksa menunggu sehingga semua pesakit yang mepunyai temua janji itu habis diperiksa Dr G. Saya membawa bersama catatan Dr C untuk merujuknya. Katanya saya tidak mempunyai masalah katarak yang kronik sehingga perlu dibedah segera. Bengkak tersebut boleh dikurangkan dengan menuam kedua-dua kelopak mata sambil bertutup. Dr G juga mencadangkan supaya mengambil suplemen Omega 3 untuk melancarkan fungsi kelenjar minyak yang tersumbat itu. Omega 3 juga baik untuk jantung katanya. RM 140 sebotol yang mempunyai 60 kapsul dan diminta mengambilnya sebiji setiap malam selepas makan malam. Menuam perlu dilakukan tiga kali sehari. Selagi boleh nampak dengan jelas, cermin mata tidak perlu ditukar dan mana-mana polarized clip on boleh digunakan. Beliau tidak melarang saya daripada penontonan tv ataupun skrin komputer dan telefon. Bagaimanapun menonton semua ini hanya menyebabkan kelip mata bertambah. Oleh sebab kalenjar minyak tersumbat maka air mata tidak dapat dikeluarkan setiap kelipan tersebut. Air mata memang dikeluarkan oleh kalenjar tetapi bagi kes saya, itu amatlah sedikit. Eye drops yang pernah disarankan boleh saya gunakan seperti sedia kala. Jika habis boleh dapatkannya daripada Dr G juga. Saya juga disaran minum lebih banyak air dan makan lebih buah dan sayuran. Saya perlu berjumpa semula selepas sebulan. Medication RM 30 dan special torch RM20. Pemeriksaan di sini nampaknya lebih teliti dengan menggunakan lampu suluh yang kecil dan Dr G juga membeliakkan eye lid untuk melihat di bahagian bawah eyelid untuk memastikan ada atau tidak ketumbit atau benjolan. Katanya tiada. Benjolan atau bengkak boleh hilang jika saya menuam selalu. Bongsu mencadangkan supaya berjumpanya pada follow-up seterusnya.
Omega 3 berkemungkinan mengubah komposisi FA dan rembesan kelenjar meibomian. Perubahan ini mungkin bermanfaat dalam penstabilan koyakan dan boleh menghalang keradangan daripada menyekat saluran kelenjar meibomian dan genangan meibum (meibum stagnant) . Asid lemak Omega-3 terbukti dapat mengurangkan simptom-simptom mata kering dengan meminimumkan keradangan dalam badan, terutamanya keradangan mata. Meibom ""merupakan jenis kelenjar tertentu dalam kelopak mata. Penuaan, perubahan hormon, jarang berkedip, dan pola makan rendah asam lemak omega-3 atau tinggi asam lemak omega-6 semuanya dapat menyebabkan MGD. MGD terjadi ketika lubang menuju kelenjar meibom tersumbat. Disfungsi kelenjar meibom (bahasa Inggeris: meibomian gland dysfunction; disingkat sebagai MGD)
Hairannya ialah sama ada Dr C ataupun Dr T tidak menasihati perihal pemakanan dan pengambilan Omega 3 serta penuaman
Sunday, April 6, 2025
Follow Up Dengan Dr T Pakar Mata
Dr T pakar mata mengelar bawah kelopak mata kanan untuk keluarkan nanah drp ketumbit. Dia minta saya gunakan drops plain antibiotics. Sebelum ini dia berikan drop antibiotics dan steroid. Kali ini antibiotics drops sahaja utk 5 hari. Kalau membesar boleh dirawat dan dipotong di biliknya tak sampai 5 minit. Jika saya gunakan insurance maka saya mesti admit dalam wad sekurang kurang 6 jam. Jika tidak biarkan pecahnya sendiri. Saya tak melarat utk bayar deposit dan sebagainya. Lagi pun 2 follow up Dr T pun belum boleh dituntut. Ex student Dr di sana memberitahu bhw eyedryness adalah sesuatu yg lazim. Cuma gunakan eye drops sahaja untuk membasahkan mata. Saya juga diminta Dr T untuk menjalani pemeriksaan saraf mata. Saraf di kedua dua mata ok. Cuma oil gland bertakung atau blok menyebabkan ketumbit . Ini sebenarnya spt jerawat. Cuma tumbuh di mata ...Gaya percakapannya saya tidak perlu pergi lagi. Lagi pun sudah tiada appointment dengannya, kecuali ketumbit membesar dan saya mahukannya dipotong. Saya bertekad kepada diri saya bahawa saya perlu menjaga kebersihan diri. Buat sementara waktu jangan gunakan sabun atau syampu pada muka khususnya jangan terkena pada mata atau kelopak mata.
Tuesday, April 1, 2025
Masyarakat India Semakin Terpinggir
Masyarakat miskin India Malaysia terus diabaikan sejak zaman penjajah
Tuesday, April 01, 2025 oleh Prof Dr LIM TECK GHEE Tersiar dalam blog Permadu Malaysia
Kontroversi kuil semasa ini dalam beberapa perkara, hanya isu ranting daripada akar pokok permasalahan isu peminggiran yang lebih mendasar dihadapi oleh masyarakat Tamil yang miskin dan kaum India lain di Malaysia hari ini.
Generasi muda Malaysia, dan nampaknya sebahagian besar birokrasi kita, kurang menyedari peranan penting yang dimainkan oleh masyarakat India dalam pembangunan sosioekonomi negara.
Komuniti Tamil kita, yang majoritinya beragama Hindu (serta kumpulan subetnik lain seperti Telegu), merupakan tulang belakang ekonomi perladangan Malaya kolonial yang terperangkap dalam kemiskinan, manakala keuntungan daripada tenaga kerja mereka disalurkan kepada perbendaharaan British dan Malaya.
Hasil ini menjadi sumber utama kemakmuran yang kita nikmati sekarang.
Warisan penjajah
Landasan kereta api, jalan raya, bangunan awam, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, serta perkhidmatan awam sedia ada dan infrastruktur fizikal serta sosial yang kita nikmati hari ini lahir daripada darah dan keringat pekerja dalam industri perladangan dan perlombongan bijih timah.
Hal ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam buku sejarah rasmi tetapi juga untuk memberikan perspektif yang lebih seimbang dalam sebarang perbincangan mengenai masa lalu kolonial dan siapa yang dieksploitasi serta dipinggirkan dalam sejarah moden kita.
Bergerak ke era pasca kemerdekaan, kita telah menyaksikan pengusiran ratusan ribu pekerja Tamil dan India lain dengan pampasan yang sangat sedikit untuk tenaga kerja seumur hidup mereka di ladang-ladang.
Majoriti pekerja India yang diusir terpaksa berpindah ke bandar-bandar dan pekan kecil kerana program pembangunan tanah pertanian dan pascakolonial negara tidak memberikan akses yang sepatutnya kepada komuniti ini, yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam sektor pertanian.
Sekiranya data dan angka mengenai akses tanah bagi pelbagai komuniti di negara ini didedahkan, kemungkinan besar komuniti Tamil akan dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling dipinggirkan dan terpinggir.
Dengan terpaksa tinggal di kawasan setinggan dan menetap di plot tanah yang tidak mendapat kelulusan rasmi, pekerja Tamil dan India lain terpaksa mencari rezeki dalam pekerjaan berpendapatan rendah, sambil bersaing dengan jutaan pekerja migran yang kebanyakannya masuk secara haram tetapi mendapat kelulusan rasmi.
Walaupun dalam kemiskinan, mereka tetap berpegang kepada harapan dengan membina semula kuil perladangan sederhana yang pernah mereka sembah tetapi terpaksa tinggalkan.
Walaupun Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mempunyai warisan yang lebih lama, terdapat banyak kuil Hindu yang lebih muda menghadapi dilema yang sama.
Sejarah lebih besar mengenai cabaran dan kesukaran yang terpaksa dihadapi serta diatasi oleh pekerja ladang India telah lama hilang dalam kebanyakan naratif rasmi serta dalam pembuatan dan pelaksanaan dasar.
Di sini kita dapat melihat bahawa kontroversi kuil semasa ini dalam beberapa cara hanyalah gejala bagi isu peminggiran yang dihadapi oleh masyarakat Tamil dan India lain yang miskin di Malaysia hari ini.
Reformasi dasar bantu India miskin
Langkah permulaan untuk membetulkan ketidakadilan sejarah dan membawa kaum India yang miskin dan layak, terutamanya generasi muda, ke dalam arus pembangunan perdana dan kemakmuran negara sudah lama tertangguh.
Langkah ini boleh dimulakan dengan Belanjawan 2026 dan diteruskan dalam Rancangan Malaysia seterusnya.
Bertahun-tahun dahulu, kerajaan kolonial British di Malaya dituduh memperlakukan masyarakat India seperti habis madu sepah dibuang.
Hari ini, kerajaan kita sendiri perlu menjelaskan mengapa dasar terhadap mereka nampaknya tidak banyak berubah.
Adaptasi dari sebuah artikel yang dipetik dari Malaysiakini bertarikh 31 Mac 2025, hasil tulisan Prof Dr LIM TECK GHEE, seorang ahli sejarah, bekas penasihat serantau PBB, World Bank dan penulis buku Challenging Malaysia’s Status Quo.
Lim Teck Ghee is the director of the Centre for Policy Initiatives in Malaysia. He has worked at the World Bank, UN Economic and Social Commission for Asia and the Pacific, and as a professor at various universities. He has published over 50 books and articles and holds a Ph.D. from Australian National University.
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...